Selamat Datang ke ePelancongan

Majlis Perbandaran Batu Pahat

Hero Imgs

Pengenalan

NAMA LORONG LORONG BENTARA

SEJARAH JALAN MOHD SALLEH / BENTARA

  • Dinamakan sempena nama Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhammad Salleh bin Perang

  • Jalan Mohd Salleh telah diabadikan bersempena nama tokoh birokrat Melayu Johor iaitu Dato' Muhammad Salleh bin Perang yang telah memberi sumbangan membuka Bandar Batu Pahat lebih 100 tahun lalu.

  • Dato' Muhammad Salleh dilahirkan pada tahun 1841 dan meninggal dunia pada 21 Julai 1915.

  • Beliau memegang jawatan penting pada tahun 1856 hingga 1912 dalam pentadbiran Kerajaan Johor.

  • Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan Negeri Johor dan bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893).

KELUASAN MURAL

615 Meter Persegi

TEMPOH PROJEK

14 Januari 2018 - 10 Februari 2018

KONSEP / TEMA

  • Mural 1 : Asal Usul Nama Batu Pahat

  • Mural 2 : Pembukaan Bandar Penggaram

  • Mural 3 : Zaman Pembebasan

  • Mural 4 : Feri Penambang & Jambatan Batu Pahat

pengenalan

Mural 1

Asal Usul Nama Batu Pahat

NO NAMA PELUKIS / TELEFON TAJUK DAN KETERANGAN SAIZ KARYA / BAHAN LOKASI

1

Zaqi Paintura
014-6775120

ASAL USUL NAMA BATU PAHAT
Tentera siam mengambil bekalan air dari perigi yang mereka pahat untuk pulang ke siam setelah tewas di dalam peperangan di Melaka.

Nippon Weatherbond & Nippon Q Shield
40 Kaki X 12 Kaki

Lorang belakang Jalan Rahmat / Jalan Mohd Salleh

mural1

Mural 2

Asal Usul Nama Batu Pahat

NO NAMA PELUKIS / TELEFON TAJUK DAN KETERANGAN SAIZ KARYA / BAHAN LOKASI

2

ZAQI PAINTURA
014-6775120

PEMBUKAAN BANDAR PENGGARAM
Gambaran suasana kampung kepada suasana bandar. Menurut fakta, pada era ini ekonomi Batu pahat banyak dibantu oleh aktiviti pertanian di kampung dan juga bandar.

Nippon Weatherbond & Nippon Q Shield
40 Kaki X 12 Kaki

Lorang belakang Jalan Rahmat / Jalan Mohd Salleh

mural2

datomohdsalleh

PEMBUKAAN BATU PAHAT

Pada tahun 1893, Dato’ Mohd Salleh Bin Perang dengan dibantu oleh Penghulu Rahmat mendapatkan sumber modal dari orang-orang kaya Batu Pahat dan juga saudagar-saudagar cina di Singapura. Dengan pengumpulan sumber modal tersebut, akhirnya Bandar Batu Pahat telah berjaya dibuka.

Mural ini sedikit sebanyak menggambarkan suasana di awal pembukaan Bandar Batu Pahat pada zaman itu dimana aktiviti pertanian dan pengumpulan hasil laut seperti ikan menjadi sumber ekonomi utama penduduk.

Dato’ Mohd Salleh Perang merupakan tunjang utama yang memajukan Batu Pahat dengan membuka pejabat-pejabat pengumpulan hasil. Hasil dari kemajuan berkenan, ekonomi Batu Pahat terus meningkat sebanyak 3 kali ganda di dalam tahun pertama. Kemakmuran dan kemajuan Batu Pahat dibuktikan oleh Dato’ Mohd Salleh Perang hingga ke hari ini.

mural2_2_1
mural2_2_2
mural2_2_3
mural2_2_4

Mural 3

Zaman Pempebasan

NO NAMA PELUKIS / TELEFON TAJUK DAN KETERANGAN SAIZ KARYA / BAHAN LOKASI

3

ZAQI PAINTURA
014-6775120

ZAMAN PEMBEBASAN
Gambaran suasana perang dunia kedua di Bandar Batu pahat dan juga perjuangan Dato' Onn & Kiai Salleh bersama selempang merah dalam memerangi komunis di Batu Pahat.

Nippon Weatherbond & Nippon Q Shield
12 Kaki X 70 Kaki

Lorang belakang Jalan Rahmat / Jalan Mohd Salleh

mural3

datoonn

ZAMAN KEMERDEKAAN

Mural ini menggambarkan tentang peristiwa di zaman perang dunia kedua di antara tentera jepun dan british di sekitar dunia kedua di antara tentera jepun dan british di sekitar Batu Pahat. Di dalam lukisan mural ini juga terdapat gambaran pertemuan Dato’ Onn dan Kiyai Salleh ketika Kiyai Salleh dalam rancangannya untuk membebaskan Batu Pahat dari gangguan komunis.

Kehadiran Dato’ Onn Jaafar ketika itu Berjaya menamatkan kemelut bintang tiga dan gerakan selempang merah sekaligus mengelakkan berlakunya pertempuran darah. Disini lahirnya pergerakkan melayu semenanjung Johor dan menjadi pencetus penentangan Malayan Union seterusnya menyemai bibit kemerdekaan Negara kita, Malaysia.

Semenjak dari pengunduran tentera jepun, Batu Pahat telah menjadi daerah tersohor antara daerah lain di dalam Negeri Johor. Pada 31 ogos 1957, tiga bangsa yang bersatu di dalam bahtera kemerdekaan merupakan tokoh Batu Pahat iaitu Dato’ Onn, Syed Esa, Teo Peng Kai dan Chelvasingam Maclntyre.

mural3_2_1
mural3_2_2
mural3_2_3
mural3_2_4

Mural 4

Feri Penambang & Jambatan Batu Pahat

NO NAMA PELUKIS / TELEFON TAJUK DAN KETERANGAN SAIZ KARYA / BAHAN LOKASI

4

ZAQI PAINTURA
014-6775120

FERI PENAMBANG & JABATAN BATU PAHAT
Gambaran suasana Jeti dan Feri Penambang sebelum pembinaan jambatan Penggaram dan juga suasana jambatan Penggaram sewaktu awal pembukaan.

Nippon Weatherbond & Nippon Q Shield
12 Kaki X 70 Kaki

Lorang belakang Jalan Rahmat / Jalan Mohd Salleh

mural4

jambatan

FERI PENAMBANG & JABATAN BATU PAHAT

Mural ini menggambarkan suasana feri membawa muatan kenderaan untuk melintasi Sungai Batu Pahat. Di waktu itu, feri merupakan pengangkutan utama bagi penduduk dan pelbagai jenis kenderaan yang ingin melintasi Sungai Batu Pahat untu ke destinasi lain. Perkidmatan feri ini telah beroperasi beberape tahun sebelum pembinaan Jambatan Penggaram.

Di dalam lukisan ini juga merupakan gambaran suasana awal pembukaan Jambatan Penggaram yang telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak. Semenjak jambatan ini dibina, ia telah menjadi laluan utama bagi penduduk sekitar dan luar untuk ke daerah-daerah lain di dalam negeri johor dan menjadi mercu tanda kemakmuran.

Sebelum berlakunya perang dunia kedua dan sebelum kewujudan jambatan Penggaram, terdapat banyak tongkang melalui Sungai Batu Pahat membawa muatan bijih timah dari sini ke Selat Melaka seterusnya ke Jepun. Luar biasanya, hasil bijih dari Batu Pahat ketika itu menyumbangkan satu per tiga ekonomi di Jepun dan menjadi sejarah menarik untuk Batu Pahat hingga ke hari ini.

mural4_2_1
mural4_2_2
mural4_2_3

Mural 5

Mercu Tanda Batu Pahat

NO NAMA PELUKIS / TELEFON TAJUK DAN KETERANGAN SAIZ KARYA / BAHAN LOKASI

5

ZAQI PAINTURA
014-6775120

MERCU TANDA BATU PAHAT
-Gambaran suasana Tasik Y dan Menara Mahkota yang menjadi mercu tanda Bandar Batu Pahat.
-Mural ini menggambarkan Bandar Batu Pahat yang mempunyai tumpuan beriadah di waktu siang dan malam.

Nippon Weatherbond & Nippon Q Shield
15 Kaki X 50 Kaki

Lorang belakang Jalan Rahmat / Jalan Mohd Salleh

mural5

DATARAN PENGGARAM BATU PAHAT

Suatu ketika dahulu kawasan padang di jalan pejabat dikenali sebagai “Rancangan Rotary Kelab Batu Pahat”. Kawasan ini telah dirasmikan oleh Pengawai Daerah Batu Pahat YB Dato Abdul Rahman Bin Ahmad, pada 30 Ogos 1970.

Padang ini telah di naik taraf pada tahun 2001 dan di kenali dengan nama Dataran Penggaram bersempena nama asal kawasan Bandar Batu Pahat. Kawasan Dataran Penggaram telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tuanku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor pada 2 julai 2001.

Kerja naik taraf kawasan persekitaran dataran telah dilakukan secara berperingkat oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat bagi keselesaan dan kesejahteraan penduduk kawasan Batu Pahat.

dataranpenggaram

TASIK Y BATU PAHAT

Tasik y adalah merupakan tanah kerajaan yang dibangunkan sebagai taman awam. Sebagaimana dimaklumkan, kawasan ini merupakan kawasan rata namun setelah tasik di kawasan Stadium Batu Pahat dimajukan untuk kemudahan pembangunan Stadium. Pihak pentadbiran Daerah Batu Pahat telah memutuskan untuk membina tasik baru yang berada berhampiran dengan kawasan Bandar.

Pembangunan dirancang dengan membangunkan 2 kawasan tasik dan nama “Tasik Y” di pilih berdasarkan bentuk tasik yang telah dibina. Pemakluman tarikh dan bahagian yang membangunkan Tasik Y tidak dapat diperincikan kerana tiada rekod khusus dicatat oleh pihak pentadbiran pada waktu tersebut.

tasiky
mural5_2_1
mural5_2_2
mural5_2_3